Cahaya di Hujung Nyawa

Tajuk: Cahaya di Hujung Nyawa, Penulis: Maizura Mohd Ederis

  • Tajuk: Cahaya di Hujung Nyawa
  • Penulis: Maizura Mohd Ederis
  • Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
  • Tahun: .
  • Harga: RM19.90
  • Harga Pos Laju: RM
  • Sinopsis: TIARA hanya ingin disayangi dan meraih cinta daripada lelaki yang mahukannya, bukan harta ibu bapanya dan Hud adalah lelaki yang tepat. Namun, perjuangan Tiara bersama Hud untuk hidup bersama tidak semudah yang disangka kerana ada banyak ranjau berduri yang mereka perlu tempuhi.

Berbekalkan hati yang cekal, kedua-duanya nekad menempuh gerbang perkahwinan tanpa restu orang tua. Tanpa disangka, tiba-tiba jarak menjadi pemisah dan Tiara jauh terasing di bumi Inggeris manakala Hud gigih berjuang untuk mendapatkan hak di sisi Tiara. Cinta, seakan tiada kesampaian namun berkat doa dan reda terhadap apa yang berlaku, Hud sanggup menggadai nyawa demi Tiara yang tiada dua… benar madah pujangga, lautan luas sanggup direnangi dan Hudlah lelaki itu, terapung di belantara cinta yang tiada penghujung…